Monday 20 June 2016

Penstrilan Biji Benih Kobis Bunga Bg Tisu Kultur( Germination of seeds)

          OK, tadi ak ade share psal media tok tisu kulturkan. so sni ak syare lg, sebelum nak masukkan biji benih dalam balang yg dah siap an medium tu, biji benih perlu di strillkn lebih dahulu. sbb pe? sbb nak bagi cepat tumbuh laaaa,, nk buang kulit2 keras yg jd cell wall diowg. Ok, setiap biji benih, lngkah strill die berbeza2 n lepas buat berkali-kali, aku dapat formula ni tok biji benih kobis bulat. maybe bergune tok kowg,, lets check out,,
PE
Langkah 1  : Alirkan (running) air kepada biji benih yang diletakkan di dalam bekas kecil sekurang-kurangnya 1 jam pada biji benih.
Langkah 2 :Masukkan Sodium hypochlorite (Clorox) yang mengandungi 70% alcohol ke dalam bekas yang mempunyai biji benih kobis tadi dan goncang selama 5 minit. Kemudian buang cecair tersebut menggunakan shringe.
Langkah 3  :Ulang langkah 2 menggunakan Sodium hypochlorite (Clorox) (50% alcohol)
Langkah 4  :Ulang langkah 2 menggunakan Sodium hypochlorite (Clorox) (30% alcohol)
Langkah 5  :Ulang langkah 2 menggunakan Sodium hypochlorite (Clorox) (10% alcohol)
Langkah 6  :Setelah itu, bilas biji benih menggunakan air suling. Goncang bekas selama 1 minit.
Langkah 7  :Semburkan liminar flow dengan alkohol dan letakkan media      tisu kultur dan biji benih ke dalam liminar flow tersebut.
Langkah 8 :Menggunakan sarung tangan cuci biji benih dengan menggunakan alkohol selama seminit (digoncang )dan kemudian gantikan cucian dengan air suling (3 kali) selama seminit digoncang). Kemudian, setelah itu, letakkan biji benih ke atas petri dish yang beralaskan filter paper/tisu  untuk tujuan pengeringan.
Langkah 9  :Setelah biji benih kering, masukkan dengan berhati-hati 4 biji benih untuk setiap balang yang telah mempunyai media yang sempurna menggunakan forcept yang disediakan.


Langkah 10  : Selepas itu, balut balang dengan pita parafilem dan letakkan balang ditempat yang mempunyai cahaya. biasanya akan ada bilik khas dalam makmal. Perhatikan hasil tisu kultur sekurang2 3 kali seminggu..


ni laaa hasil tisu kultur kobis bulat aku

*peralatan mcm beaker, patridish, forcept o ape2 yang nk digunakan distrilkan dalam autoclave sebelum diletakkan dlm liminarflow.
*cara yg ini bole gak gunakan kt buah berlimbing tp biji buah belimbing tu kne kupas  dlu sbb terlalu tebal. lepas kupas, wat mcm langkah 1 sampai abis n bdsarkan hasil, amik mase seminggu tok tumbuh. 

so, harap bermanfaat tok korang2 k,,

No comments:

Post a Comment